Bacaan paras air Sungai Golok hari ini mencecah 11.42 meter (m) dan melepasi catatan bah kuning pada 2014 iaitu 10.52 meter.

Mengimbas kembali detik hitam itu, lebih 170,000 orang daripada 36,000 buah keluarga terlibat dalam banjir terburuk pernah berlaku di Malaysia.

Banjir tahun ini juga dianggap buruk selepas bekalan elektrik di beberapa kawasan terpaksa diputuskan susulan hujan yang masih berterusan.